Tatkala aku menulis nih…aku semakin ‘pulih’…agak lama aku menanggung penderitaan nih…tanggung beban yang amat berat..hanya Allah, keluarga..especially ibu yang tahu dan mengerti akan penderitaan ku ini…jika kalian di tempatku…mungkin kalian mengerti akan maksudku….aku ingin berkongsi segala pengalamanku ini dengan kalian…ambillah sebagai iktibar atau mungkin kisahku ini boleh dianggap sebagai tidak munasabah… mungkin juga kalian akan mengatakan yang aku ni gila…tidak kisah laaa apa interpretasi kalian tentangku…aku sekadar ingin berkongsi…
Lirik lagu ‘Biarlah Rahsia’ dendangan Siti Nurhaliza…oh maaf..Datin Siti Nurhaliza…ah aaf..Datin Siti Nurhaliza... ..dah sinonim ngan diriku…sekelip mata sahaja aku dah hafal lagu tersebut…bila dah hafal.. aper lagi…jadi siulan aku jer laaa…mungkin nih salah satu perubahan besar dalam hidup aku…jika dulu..tiada sekelumit pun rasa suka aku terhadap siti…tetapi…semasa aku sedang ‘sakit’…diriku seperti letih hendak mengutuk mahupun membenci siti…mungkin kerana lagu tersebut sungguh sinonim dgn diriku…
Bait2 dalam lagu tersebut seolah-olah meluahkan isi hatiku…aku seperti hendak meluahkan aper yang kurasa dengan menyanyikan lagu tersebut…liriknya yang seperti pernahkah kau bermimpi seketika..berada di tempatku membayangkan…pahit manis berlalu…entah siapa yang tahu...ya…tiada siapa yang mengerti apa yang kurasa…kalian juga mungkin tidak akan mengerti…hanya ucapan kesabaran sahaja yang mampu diberikan…namun…aku tetap bersyukur…ucapan tersebut menandakan kalian juga menyatakan kesedihan atas apa yang berlaku kepadaku…mungkin nanti kau jua merasakan…berdepan dengan kata menyesakkan…takkan tugumu kebal tiada pertimbangan…mungkin ada di antara kalian pernah merasakannya…asakan dan desakan daripada beberapa kelompok manusia membuatkan aku sesak dan bertambah ‘sakit’…
Keheningan malam membangunkan…kepayahan jiwa meluahkan..andai kau jujur memahami…tiada ku menjauhi…dan kisahku yang masih panjang..menambahkan berat yang memandang…lantas kupendam…kuputuskan biarlah rahsia…every night n every day air mataku jatuh..membasahi pembaringanku…jika ku termenung keseorangan..pasti air mataku gugur…ntahlah…ada yang faham dan ada juga yang kurang mengerti…tidak kurang juga yang tidak bersimpati…yang mana memahami…tidaklah ku jauhkan diri daripada mereka…yang desak dan asak itulah yang cuba kuelakkan…tidak sanggup rasanya berdepan dengan mereka…makin ‘sakit’ diriku yang sedia ‘sakit’ ini…ibu juga turut bersedih melihat anaknya ketika sedang ‘sakit’…
Orang takkan faham dan tak mungkin mengerti….diriku semakin hari semakin tidak bermaya…namun aku masih waras…dan ingat akan peganganku…aku masih mengharapkan pertolongan daripada Allah untuk pulih seperti sedia kala…mungkin itu juga doa ibu dan baba setiap hari…berdoa agar aku ‘sihat’ semula…tak sanggup agaknya mereka melihat aku begini…siang malam aku berdoa…memohon daripada Yang Maha Esa…hanya kepadaNya aku berserah…aku terfikir juga…mungkin ada hikmah di sebalik segalanya…setiap sesuatu kejadian itu ada hikmahnya…di kala itulah hatiku mula berbelah bahagi…mungkin kelewatan ini memberi peluang kepadaku untuk menikmati saat2 bersama keluarga…sebelum aku meninggalkan mereka…tapi aku terfikir juga…sampai bila Allah akan tangguh proses aku utk ‘sembuh’…arghhhhh…aku pun buntu….
‘sakit’ku terubat sedikit tatkala aku sibuk dengan worldcup…hampir setiap match aku tonton…tp tumpuanku lebih kepada pasukan2 pilihan aku…mulanya brazil…tp bila brazil tewas pada suku akhir…tumpuan 100% aku beri pada team Azzurri…ternyata tidak sia2 aku bersengkang mata menonton especially final…bila mana italic menang 5-3 ke atas france....melalui sepakan penalty…tuh yang wat suspen tuh…sib baik barthez dah tua…n buffoon muda lagik…kalau time barthez muda…france mungkin juara…dan kalau zizou tak kena kad merah…pasti france julang piala tuh…dan kalau juga henry tak dikeluarkan…sudah tentu france mengulangi kejayaan wcup98…
Erm…back to my story…kesakitan..penderitaan..dan kesengsaraan aku nih…ditambah pula dengan satu insiden yang tak mungkin aku akan lupakan sampai mati…begitu juga dengan ibu…yang sangat2 terluka dengan insiden tersebut…insiden nih terjadi pada malam persandingan kak e…anak mak longku sebelah ibu…malam sebelumnya aku berjaya mengelak daripada berdepan dengan situasi ini…jika tidak mungkin 2 kali aku kena…memang aku dah dapat agak semua ini akan berlaku…patut pun aku berat hati hendak pergi…satu sebab aku ‘sakit’…satu lagik aku dapat rasakan laa yang ini akan berlaku…ternyata sangkaanku tidak meleset…malam nikah aku berjaya elak…bila mana kau buat2 menyuap kuih kat si kecil sofia…anak abg nasri…anak ketiga mak long…dia berdiri betul2 sebelah aku…menanti aku untuk mengangkat kepala…tp aku tunduk..sehinggalah dia beredar dari situ…aku tarik nafas panjang…lega…
Tapi..aku terperangkap jua masa malam persandingan di dewan…aku pun heran…macam mana sebesar2 dewan tuh…terserempak juga…dia yang aku maksudkan nih..bukannya aku tak kenal…sepupu ibuku…kami memang rapat…maknya bukannya org lain..adik arwah nenek aku…dan tok uteh nih pun banyak berjasa dengan keluarga kami…dialah yang jaga aku dan adik2 ku masa kami kecik2 dlu…aku sayang tok uteh ini seperti arwah mak tok aku jugak…erm…cuma mulut anak dia yang kurang menyenangkan…haa…insiden tuh masa aku, ibu, pakcik nen, ngan uncle seth tengah diskas pasal petronas…aku pun baru jer diperkenalkan oleh ibu pada uncle seth…yang selama ini hanya berhubung denganku menerusi sms sahaja…don’t get it wrong here…aku minta pertolongan daripadanya utk tgk2 kan sahaja…kenapa lewat sangat aku dapat keje…masa dia tengah terang2 kan..pasal kes miri aku tuh…(x yah laa aku story pasal kes nih)…datang plak sepupu mak aku td…aku gelar dia pakcik r laa…tiba2 sahaja dia meluru kat aku…
“intan dah keje lum?”
“blum…”lemah aku jawab dia…aku dah agak dah…dia memang suka soalan ni…
“apsal lambat sangat?”
“ntah…”aish dia nih…mana laa aku tau…mesti dia kata aku teruk laa tak dapat keje lagi…
Abis jer dia tanya aku…dia terus pasang telinga dengar penerangan uncle seth…siap tanya soalan lagik bagi pihak aku…aisshhh…melampau tul…ibu ngan aku bengang ngan sikap dia…perangainya makin menjadi2 sejak anak keduanya dapat belajar kat jepun…ye laa kan…banding ngan aku..belajar local..sebaya dengan aku anaknya tuh…anak bongsu dia yang sebaya dengan adikku nenny lak dapat pergi Indonesia wat medic…kira anak2 dia power2 laa…aku tak kisah…bagi aku…tuh rezeki masing2…balik jer rumah…cik sabar, kakak mak aku lak story…rupa2nya…kat meja ramai sedara mara aku…dia heboh2kan…macam nih dier cakap…
“TU LAA…TGK SI JAMILAH NGAN NASIR TUH…TAK ABIS KETUK…TUH YANG MACAM2 JADIK…TAK ABIS2…”
Uikss…apa hal la pulak dengan statement nih…hatiku direntap…ibu tergamam…hati kami remuk dan sedih dengar…sort of family aku nih malang…oh yaa…ketuk tuh cara berubat yang dia syorkan ibu ngan baba pergi…kononnya boleh buang semua benda2 halus nih…or sakit2 semua…ibu n baba pernah pergi sekali jer…lepas tuh dah tak pergi…jauh tuh satu sebab…yang lainnya tak yakin…dan tak tahan…sakit…bukannya dia guna ayat Al Quran ataupun ubat2 macam doktor2…cuma ketuk dengan kayu…dan akan tinggalkan kesan macam kena bekam kat tempat kena ketuk tuh…ish…sebab nak promot cara berubat tuh..sanggup keluarkan statement seolah2 kami nih malang?walhal semua tuh kuasa Allah…itu kan dugaan yang Allah beri…ibu sakit tyroid pun dugaan… baba belum pulih sepenuhnya pun dugaan…aku belum bekerja pun dugaan…itu semua ujian daripada Allah…kita tidak boleh mengganggap itu semua malang atau sial…dan mana mungkin aku sekeluarga dapat melupakan insiden nih…aku macam berdendam dengannya…